Tuesday 31 May 2011

Kasih Hingga Hujung Nyawa

Ada sebuah keluarga yang serba serbi kekurangan..mempunyai seorang anak tunggal dan seorang bapa tunggal yang baru kematian isterinya.Ayah bekerja sebagai nelayan di kampung.Dengan pendapatan yang tidak seberapa itulah digunakan untuk menampung perbelanjaan harian mereka dan persekolahan anaknya.
Anaknya bernama Amir,berusia 17 tahun.Amir seorang yang sangat nakal disekolahnya.Pelbagai masalah disiplin dilakukannya,sehingga guru terpaksa memanggil ayahnya ke sekolah.Ayah Amir seorang yang sangat penyabar.Dia tetap bersabar walaupun Amir pernah melawan kata-katanya.Bagi dia,mungkin Amir berkelakuan sedemikian kerana masih terkejut atas kehilangan ibunya beberapa bulan lepas akibat barah otak.
Segala persiapan persekolahan disediakan oleh ayah setiap hari..juga sarapan pagi demi anaknya yang tercinta.Namun Amir dengan jiwanya yang suka memberontak memarahi ayahnya.."Apa nie ayah!,,asyik-asyik makan lauk ikan jek..xde ke benda lain..bosan la cmnie.."kata Amir.Ayahnya pun menjawab.."dah ayah kerja nelayan nak..itu jela rezeki kita..nanti kalau ayah dapat rezeki lebih,ayah belikan makanan yang lain ya.."."Dah lah..malas lah nak makan hilang mood tao tak.!!"balas Amir sambil melemparkan pinggan makanannya ke lantai dan terus beredar untuk pergi kesekolah tanpa menghiraukan perasaan ayahnya akan kata-katanya tadi.Ayah hanya memerhatikan anaknya dengan perasaan yang sangat sayu..dia juga membersihkan makanan yang tertumpah dilantai..tanpa disedari air matanya berlinangan di pipi dan ayah menangis dengan semahu-mahunya.Ayah juga berkata"Maafkan ayah nak..."

Amir tetap dengan sikapnya yang liar..setibanya pulang dari sekolah,Amir terus keluar berjumpa teman-teman seusianya.Amir terpengaruh dengan rakannya yang sering melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri seperti merokok,main judi,merempit dan sebagainya.Kadangkala Amir dan rakannya melepak dihalaman rumahnya.Apabila ayah pulang dari laut..Amir tidak mengendahkan ayahnya mahupun ingin menolong mengangkat hasil penangkapan ayahnya sekalipun malah memamdang sinis terhadap ayahnya.Kelakuan Amir yang sedemikian kerana dia menganggap ayahnya lah penyebab kematian ibunya.Ayahnya yang sibuk dengan pekerjaannya tanpa mempedulikan ibunya yang sedang sakit tenat.Kisah pahit itu amat sukar dilupakan sehingga lah sekarang.Walau apa sekali pun ayah buat terhadapnya,tiada makna baginya..semuanya dianggap macam "sampah"...

Suatu hari,ayahnya seperti biasa ingin turun ke laut pada waktu subuh.Pada waktu itu cuti sekolah bermula,oleh itu Amir hanya berehat dirumah sahaja.Ayah pergi kepada Amir dan menepuk bahu Amir lalu berkata.."Nak ayah pergi dulu ye..jaga diri elok-elok."Namun Amir memekakkan dirinya dan menarik selimut menutupi seluruh tubuh badannya.Pagi itu cuaca meramalkan angin yang kencang..dan ombak yang semakin meninggi.Namun ayah tetap dengan kemahuannya ingin turun ke laut untuk mencari rezeki."Kalau aku tak pergi mencari rezeki..macam mana anak aku hendak makan".Lautan yang penuh cabaran diredah jua..

Amir bangun dari tidurnya.Dia melihat ayahnya tiada dirumah,lalu dia mencari wang yang ada dirumah itu untuk dibelanjakan bersama dengan rakannya.Tiba-tiba Amir terjumpa satu kotak yang tersembunyi disebalik sebuah almari.Disitulah ayahnya meletak duit hasil penangkapannya.Sambil dia mengira berapa duit yang ada,Amir ternampak sepucuk surat dibawah duit tersebut.Amir segera membuka dan membaca surat tersebut..

"Salam penuh kasih dari isterimu buat suamiku yang tercinta,Abang..maafkan Leha jika selama ini Leha ada buat banyak salah silap kat abang.Maafkan Leha juga sebab Leha merahsiakan penyakit yang membebani hidup Leha selama ini..bukan apa Leha cuma tak nak menyusahkan abang sebab Leha tahu kos untuk mengubati penyakit Leha ni tinggi dan tak mungkin abang mampu tanggung.Leha harap abang tabah menjalani kehidupan ini bersama cahaya mata kita walaupun tanpa Leha disisi abang.Jagalah satu-satunya anak kita Amir dan sayangi lah dia sepertimana Leha menyayangi abang dan Amir.Restuilah pemergian Leha ...sesungguhnya doa Leha sentiasa bersama abang..

Ikhlas dari isterimu,
Leha

Amir merasa sebak dan bisu seribu bahasa,dia amat menyesal terhadap apa yang dilakukan olehnya terhadap ayahnya.Amir segera bingkas bangun dan keluar untuk mencari ayahnya..baginya saat ini ingin sangat dia memeluk dan mencium ayahnya dan memohon maaf atas dosa yang dilakukannya..Namun sayang seribu sayang setibanya dia di tempat nelayan,dia terlihat sebujur tubuh terbaring diatas tanah dan dikelilingi oleh para nelayan,tanpa diduga sebujur tubuh itu merupakan ayahnya..ayahnya telah meninggal akibat lemas disebabkan angin yang kencang menyebabkan bot yang dinaiki oleh ayah karam.Amir segera berlari kearah ayah dan merangkul tubuh ayahnya dalam dakapannya lalu menjerit memanggil ayahnya.."Ayahhhhhhh..jangan tinggalkan Amir..Amir mintak maaf ayah.Amir banyak dosa ngan ayah..tolong lah ayah..bangunnn!!!!"Air mata Amir tidak berhenti membasahi pipinya..kata-kata ayahnya pagi tadi menghantui fikirannya..."Jaga diri baik-baik ya nak..ayah pergi dulu.."ketika ini dia merasakan dunia ini sudah gelap tanpa cahaya.Memang benar ayahnya pergi dahulu menghadap Illahi yang Maha Esa.





Moral of the story:Berbuat baiklah terhadap ibu bapa anda sementara mereka masih ada..Wassalamm..:)


5 comments:

  1. Mari lah kita amik iktibar dari cerita nie yer~~ thnks sudi baca :)

    ReplyDelete
  2. thanks broo.. pengalaman ape..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete