Sunday 29 May 2011

Mama saya lapar?!

"Mama, saya lapar la mama."
"sayang mama lapar ye? Biar mama keluar carikan makanan ye?"
"Maceh, mama!! " hehe :)

Maka keluarlah ibu kucing itu meninggalkan lorong kecil di belakang kedai untuk mencari makanan.

"erm.. apa yang nak aku bagi anak aku makan ni ya? Oh ya! Dia suka makan ikan. baik aku ke gerai makanan,mana tahu aku boleh dapat seekor ikan!" bisiknya dalam hati..

Dalam perjalanan ke gerai makan ibu kucing itu sibuk memikirkan.

"Bolehkah anak aku hidup tanpa aku? Bolehkah aku tinggalkannye sebentar ini kelaparan? Kasihan anak aku sudah la bersendirian tanpa aku, lapar pula. Kalau ada adik beradik boleh juga dia bergurau melupakan apa dirasanya. Tak apa! mesti dia gembira bila aku bawa pulang ikan nanti."


........................................................................................................

Akhirnya ibu kucing ini berjaya mendapatkan seekor ikan goreng selepas penat meminta-minta. Tapi isi ikan itu sikit hanya cukup-cukup untuk anaknya makan sedangkan ia pun kelaparan. Maka pulanglah ibu kucing itu dengan seekor ikan goreng dalam gonggongannya.

Sampai sahaja di satu sudut berhampiran "rumahnya", ibu kucing itu ternampak seorang lelaki datang. Datang ke arah anaknya dan terus menyepak anaknya hingga melambung ke dinding.

"Woi binatang, kau ni menyemak je kat sini!",kata lelaki tersebut.

Ibu kucing yang melihatnya terkejut,tergamam,terpaku dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi. Penglihatannya mula kabur,dikaburi oleh air mata.

"Sayangku!!" jerit ibu kucing itu dengan penuh kesedihan melihat anaknya yang sedang menggelupur kesakitan.


Dengan pantas dia berlari dengan ikan masih lagi dalam gonggongannya ke arah lelaki tersebut. Melompat dan mencakar muka lelaki tersebut berkali-kali dengan penuh kemarahan. Dengan sekuat hati lelaki itu menyepak ibu kucing itu pula ke dinding. Namun lelaki tersebut tidak dapat tahan dengan pedih cakaran ibu kucing dan dia terus pergi dari situ.

Ibu kucing itu merasakan kesakitan yang amat sakit. Sepertinya tulang rusuknya patah dan paru-parunya sudah tidak dapat berfungsi dengan betul. Dengan segala kudrat ia mengutip semula ikan goreng yang terlepas dari mulutnya. Pelahan-lahan ia bergerak. Setelah mendapatkan ikan, ia ke arah anaknya pula.

 Ibu kucing itu kemudian menjilat dan mengusap-usap anaknya dengan harapan anaknya hidup kembali. Namun apa yang seekor kucing boleh buat? Semuanya sudah berlalu.

"Anakku... Sayangku.. Jangan tinggalkan mama..Mama ada bawakan kamu ikan kesukaan kamu,nak!".

Menangis.. air matanya bercucuran keluar, hatinya berteriak, jiwanya sebak melihat keadaan anaknya yang sedang layu. Oleh sebab tidak tahan dengan kesakitan, ia pula berbaring di sebelah anaknya itu.
Tiba-tiba anaknya dengan suara yang sayu dan tergetar menjawab,

"Maceh,mama.. Saya sayang mama!" dan anak kucing itu menjilat ibunya walaupun nyawanya sedang ditarik oleh malaikat.

"Mama, kenapa manusia terlalu kejam?" tanya anak kucing itu kepada ibunya. Sesungguhnya haiwan pun pelik kenapa manusia bertindak kejam.

Malangnya ibu kucing itu telah pergi dahulu, dan tidak lama selepas itu barulah anaknya pula.









storymory

~akeem~

4 comments:

  1. weh.sumpah ak nangis bce citer ni..mak kucing ak dh kne buang..so now diorg xdpt menyusu dh..='(

    ReplyDelete
  2. bila anda wat entry nyh, tros pale otak trpkey vid gurl seksa kucing ! ggrrr~

    btw, nice story ;)

    ReplyDelete
  3. thanks2...


    vid tu mmg kejam..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete