Sunday 29 May 2011

Sayangnya sesama Makhluk.

Sedang aku duduk di satu gerai cendol di tepi bahu jalan ni dengan kawan aku, aku ternampak seekor katak cuba nak melintas jalan. Aku terus bangun dari kerusi cepat nak selamatkan. MALANGNYA, datang la "seko" proton waja lenyek katak tersebut. "POOP".. Pecah perut katak tu.. Aku kemudian dengan tak kesah orang sekeliling terus cakap.. " Arg.. bodoh punya manusia.!!"  Kemudia aku duduk tetapi hati masih tak tenang. Aku rasa bersalah dan marah.Aku rasa bersalah terhadap binatang-binatang yang telah dibunuh oleh makhluk bernama manusia. Aku marah dengan kemodenan manusia yang membunuh populasi makhluk lain sedangkan manusia megah dengan kejayaan dan pembangunan.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi saw beliau bersabda, "Janganlah kalian membunuh katak!" (Sahih, dalam kitab Shahih al-Jami' ash-Shaghir ).

Sibuk aku pelayan perasaan marah dan bersalah aku tadi, kawan aku cakap," rilex a bro, tu seko je pon, katak je pon. Sebab tulah ada istilah mati katak kaw ni. Apa daaa.."

Memang ni la reaksi yg slalu aku dapat tetapi tak akan la aku nak marah orang depan-depan dengan segala perasaan aku. Mungkin mereka belum cukup untuk berfikir tentang mereka(makhluk) yang lain. Katak memang la banyak tetapi apa nilainya kalau asyik mati di atas jalan raya? Kalau macam tu la apa kebanyakan akan cakap, tak salah rasanya aku langgar salah seorang manusia. Reaksi sama tak. ?

ok ye ye.. Manusia ni ada akal tak macam haiwan. Eh, hina ke makhluk tiada akal ni, bro ?.. so tiada akal memang selayaknye dibunuh tanpa rasa kasihan. Oh bukan macam tu..dah tu macam mane? Tidak berapa penting la di bumi ini? oh katak kena langgar boleh ketawa lagi, tapi kalau lembu atau haiwan peliharaan awak kene langgar, marah-marah. Apa yang awak nak cakap sebenarnya? Makhluk yang bernilai dan ada kepentingan dengan awak sahaja diperlukan dalam hidup awak? cakap la.. Kucing yang comel dipelihara, yang buruk disepak terajang bagi makan pon tak bertegur apa lagi..haha.. Kalau ikhlas hati itu, haiwan yang sakit la dipelihara supaya sembuh dan comel tak comel bukan isu untuk pelihara. Itu berat sebelah namanya. come on bro..THEY ALSO DESERVE A BETTER LIFE!!
Ok mungkin ada kata macam ni kenapa aku tidak boleh langgar manusia ni suka-suka hati,
 " Manusia ni Allah jadikan sebagai khalifah di muka bumi. So, mereka terpilih dan bernilai dan dinilai. Haiwan ni sebagai pelengkap alam dan membantu memudahkan kerja kita di muka bumi ini.".
Peh, respect aku  tengok ada mamat "hebat agama" cakap. Maafkan aku, perkataan hanya tinggal perkataan. Adakah kita memainkan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini? Ada ke khalifah yang memimpin ALAM dan semestinya MAKHLUK LAIN ini menindas makhluk bukan khalifah suka-suka hati? Pokok ditebang untuk kepentingan diri, jalan raya dibuat terlalu giat hingga rapuh habitat makhluk lain, dan semestinya, makhluk lain dibunuh seperti mereka tidak diperlukan. SEDIH KAN..!! Ini ke KHALIFAH? KHALIFAH yang menindas makhluk lain semata-mata ingin mengangkat martabat makhluk sendiri.
Aku menulis bukan sahaja kerana katak yg "POOP" tadi tu.. Tapi kerana makhluk lain juga. Kita tidak pernah nak menghayati dan faham makhluk lain. Hina ke mereka. Kalau ye pon tiada masa tapi tolonglah bertimbang rasa.


Dari Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:” Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang.”
(Muslim)

Huraian
Pada hakikatnya Islam mengajar umatnya untuk menyayangi binatang bagi kelangsungan hidupnya sekalipun kita diberikan kuasa untuk menguasai mereka (membunuh mereka dengan tujuan yang baik). Islam juga melarang kita bertindak menyalahgunakan kuasa dengan menganiayai binatang dan memperlakukan mereka sesuka hati. Seharusnya selaku orang-orang yang beriman kita hendaklah memanfaatkan segala sesuatu menurut cara yang dibenarkan oleh agama kerana segala yang tinggal di muka bumi ini diciptakan untuk kemudahan kita dan menjadi kewajiban kita untuk menjaga segala sesuatu itu daripada kerosakan, memanfaatkannya dengan tetap menjaga martabatnya sebagai makhluk Tuhan, melindunginya agar tidak pupus yang dengan demikian barulah menandakan bahawa kita mensyukuri nikmat Allah dalam bentuk perbuatan yang nyata. 

Hai manusia, tak pernah ke kau terfikir tentang perasaan haiwan yang teraniaya.

- Kekatu dipijak tanpa rasa belas
- Katak dilanggar kereta di jalan raya
- Burung dilastik untuk keseronokan
- Semut dibunuh kerana menyemak
- dll.
Daripada Rasulullah saw. bahawa seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi. Nabi tersebut lalu memerintahkan untuk mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kaaena seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih. (Sahih Muslim)
Khatabi dan Baghawi menegaskan bahawa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidak membahayakan dan tidak menyerang manusia. Adapun semut-semut kecil yang termasuk wabah dan mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, karena ada hadith yang menegaskan bahawa yang berhak menyeksa dengan api adalah Tuhan api. (HR Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).


Tahukah anda Nabi Muhammad saw juga membela kucing?

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu karena ketika mengurungnya ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana ia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah. (Sahih Muslim)

 Jururawat di China membunuh itik.

Byk lagi lebih kejam.. Aku tak sanggup nak tunjuk..Belum lagi aku tunjuk lembu dikisar hidup-hidup dan ayam dipotong badan dan kepaknya hidup-hidup.

Manusia..Adakah kau khalifah? Pernahkah kau berfikir?


Hai kawan, pernah kau memikirkan perasaan haiwan-haiwan teraniaya? Kenapa kita harus mementingkan kehidupan kita sedangkan kehidupan lain terseksa..

Wahai kawanku.. Fahami lah perasaanku ini yang menginginkan kau memahami perasaan makhluk lain..


 

1 comment: