Friday 27 May 2011

Peguam Juvana

Masih segar dalam ingatanku cerita ini. Cerita yang disampaikan kepada aku supaya aku kenal erti hidup dan kasih sayang. Siapa yang menyampaikan dan watak yang ada, semua terpaksa aku rahsiakan. Tetapi inilah realiti hidup yang singkat.

Diceritakan kepada aku tentang hidup seorang peguam juvana yang berusia lingkungan 27 tahun sewaktu perkara ini berlaku. Peguam yang baru berkhidmat di negeri Pahang. Beliau masih muda dalam mengendalikan kes-kes mahkamah ini. Namun dua tahun pertamanya berjalan lancar. Anak guamnya semua terbela seadilnya. Tiada yang lebih teruk melainkan penjara.

Sehinggalah suatu hari, beliau diminta untuk membela seorang petuduh remaja 17 tahun yang ditangkap atas kes menyimpan dan menjual dadah. Gegas beliau ke balai polis yang telah dimaklumkan. Semasa beliau berdiri di hadapan  bilik siasatan yang tidak bertutup pintunya, beliau melihat seorang remaja berkulit putih, rambut lebat berwarna hitam, berbaju hitam sedang duduk di atas kerusi dan bersamanya seorang pegawai polis. Beliau sempat melihat pegawai berkenaan memarahi  dan menampar remaja tersebut berkali-kali.

Lima minit selepas itu barulah beliau dapat masuk ke bilik tersebut. Sebelum memulakan beberapa prosedur, beliau merenung wajah remaja tersebut lebih mendalam. Beliau kemudian memulakan dialog.

"Sewaktu di universiti dulu, saya juga belajar psikologi. Jadi apa yang saya dapat baca di sebalik wajah awak yang tampak garang dan tegas, pemikiran awak sedang serabut dan ketakutan."

"Kau ni siapa pula"

"Saya Muhammad(bukan nama sebenar),peguam yang akan membantu awak. Jangan risau! Walaupun baru 2 tahun saya bertugas saya telah berjaya membantu ke semua anak buah saya. Paling teruk pun penjara dan denda."

"Penjara? Denda?"

"Ye.. Itu paling ringan."

"Bukan ke awak peguam? Itukah hukuman bagi seseorang yang memiliki dadah dan menjualnya?"

Beliau tertersentak dengan perkataan remaja tersebut. Beliau terdiam. Sememangnya hukuman bagi seseorang yang memiliki dadah adalah gantung sampai mati. Sekarang beliau berdepan dengan suatu kes yang tidak pernah beliau hadapi sebelum ini. Apa lagi yang nak dibanggakan dengan orang yang ingin khidmatnya selepas ini. Tiada lagi ayat penjara dan denda paling teruk. Namun beliau yakin masih ada ruang untuk remaja itu. Mungkin boleh dijadikan isu umur remaja tersebut. Beliau kemudian bertambah yakin.

"Siapa nama awak?"

"Shah."

"Shah, saya akan bantu awak, tapi awak kena jujur bagi maklumat kepada saya ye."

Shah, remaja 17 tahun itu terpaksa ditahan di bilik tahanan sepanjang siasatan polis dan catatan maklumat. Muhammad kerap ke balai  bertemu remaja tersebut dan setiap kali beliau datang, beliau akan membawa buah tangan sekali. Komitmen jelas ditunjukkan kepada remaja tersebut sehingga beliau sanggup menolak beberapa buah pihak yang ingin khidmat guammannya.
 

 .......................................................................................................
Selesailah segala siasatan pada bulan September. Bermulalah sesi pengadilan dan pembelaan di mahkamah. Muhammad membela Shah dengan segala dalil yang beliau ada. Namun Hakim yang mengadili mahkamah hari itu terlalu tegas dan sepertinya malas mendengar sebarang isi yang dipertengahkan oleh beliau. Tidak pula selesai dalam sehari. 

Ditangguh, disambung, ditangguh dan disambung lagi sehingga pembicaraan ke tiga. Hari itu memang hari yang hiba. Walaupun sudah 10.00 pagi, udara masih lembap daun masih berembun, dan kabus pula masih lagi tebal. Orang yang hadir untuk pemmbicaraan pun tidak ramai. Muhammad kelihatan sudah kering dengan hujah dan semua yang dilaluinya. Shah pula sejak malam semalam menyepi tanpa sepatah kata. Hanya termenung panjang. Keadaan seakan-akan tahu apa yang akan berlaku. Pembicaraan tamat kurang daripada sejam. Shah dituduh memiliki dan menngedar dadah dan telah dikenakan hukuman penjara dan pada ulang tahunnya 11.1.2005 (18 tahun). dia akan digantung sampai mati.

Mendengar sahaja skrip hukuman habis dibaca, Muhammad terduduk dan menangis. Beliau rasa hidup beliau juga seakan-akan musnah. Tiada lagi kata-kata hebat yang dapat dilontarnya. Beliau dapat merasakan kekalahan dan kegagalan yang nyata. Gagal menyelamatkan seorang remaja yang masih belum matang pemikirannya. Siapa sahaja tahu beliau mungkin boleh menjadi modal insan yang berguna suatu hari nanti. Beliau memandang wajah Shah. Kosong dan hambar. Beliau yang masih mengalir air matanya, pelahan-lahan memanggil nama Shah.

"Shah."

Shah memandang beliau dan tersenyum. Alangkah hiba hati Muhammad seperti pedih tusukan kayu tajam dijantungnya.



....................................................................................................

14 November 2005, dengan surat pemohonan daripada Muhammad, Shah dibenarkan menduduki peperiksaan SPM. Sepanjang musim peperiksaan berjalan, Shah juga dibenarkan tinggal di rumah Muhammad sehingga tamat peperiksaan dengan syarat-syarat tertentu.

Muhammad mendapati bahawa Shah sangat rajin belajar dan setiap kali habis peperiksaan di bilik khas, rumah Muhammad, Shah akan tersenyum kegembiraan.

"Mudah sangat ke, Shah?"

"Ah, kacang je! haha"

Shah terlalu gembira  selama musim peperiksaan SPM tersebut. Tidak lama selepas itu beliau kembali membisu selepas dimasukkan semula ke penjara. Tiada cara lain yang Muhammad dapat tunjukkan sebagai tanda maaf selain melawat shah setiap hari di penjara.

Sekali lagi Muhammad membuat pemohonan supaya beliau deberi kebenaran untuk menjaga Shah memandangkan hanya tinggal lebih kurang tiga minggu sahaja lagi sebelum Shah ke tali gantung. Diluluskan. Muhammad terpaksa tangguhkan kerjayanya sebentar kerana baginya Shah lebih penting dalam hidupnya. Shah sangat istimewa baginya.

Shah mambawa semua barangnya keluar daripada penjara untuk dibawa ke rumah Muhammad. Shah sangat gembira pada hari itu. Bagai mati hidup semula. Banyak pula kerenah dan kehendaknya. Abang, nak itu nak ini.

Pada minggu pertama, Shah minta dibelikannya PS2 maka dibelikanlah. Pagi petang siang malam Muhammad dan Shah bermain. McDonald dan Pizza Hut rutin harian mereka. Telefon sahaja kurang setengah jam datang lah pesanan mereka.

Pada minggu kedua, rentaknya semakin pelahan. Nampak sedikit perubahan. PS2 bukan lagi pendamping Shah.

"Bang,boleh ajar Shah solat tak?"

Muhammad yang terdengar ayat tersebut terus terasa hiba. Air mata seakan-akan memenuhi mata.

"Boleh, sebentar ya!"


Beliau kemudian terus berlari ke bilik beliau sendiri sambil menahan air mata. Beliau mengunci bilik dan menangis melepaskan kesedihannya. Sejak hari itu Shah diberi didikan agama secukupnya. Hari-hari Shah mula berubah. Dia lebih mendekatkan diri kepada Allah. Sepertiga malam adalah waktu dia mengabdikan diri kepada Allah. Tiada satu hari pun yang dia tertinggal.

"Abang, Shah nak solat di masjid boleh? Shah tak pernah solat di masjid."

Sekali lagi tamparan hebat terhadap Muhammad. Muhammad hanya terdiam seketika. Shah kali ini perasaan bercampur baur. Sedih dengan pemintaan Shah dan marah dengan perbuatan ibu bapa Shah. Mengapakah wujud ibu bapa yang tidak pernah terlintas membawa anaknya ke Masjid apatah lagi mengajar ilmu agama.

Shah terpaksa akur, kerana beliau terikat dengan syarat perjanjian bahawa beliau tidak boleh keluar luar dari kawasan rumah Muhammad.

"Abang, kalau macam tu boleh tak abang jumpa mama dan papa Shah. Suruh dia datang sini. Shah nak jumpa mereka. Shah rindu sangat nak tengok muka mereka."

"Eh, bukankah tempoh hari di balai, Shah kata Shah yatim piatu tiada waris. urm.. Ok, bagi nama dan alamat. Esok pagi abang panggil, ye!"

Esoknya, Muhammad pergilah mencari alamat dan orangnya.

"Betulkah ini rumahnya Dato' Hassan dan Datin Maznah?"

"Ya, saya Datin Maznah."

Maka Muhammad berceritalah tentang segala-galanya.

"Apa, kau ni gila ke? Aku tak pernah ada anak bernama Shah! Dah, berambus kau dari sini!"

Dipujuk berulang kali tetapi Datin Maznah masih tidak mahu mengaku, malah sanggup menyaman Muhammad. Berat hati Muhammad untuk pulang memberitahu Shah. Namun apakan daya. Terpaksanya diberitahu juga.

"Shah, abang minta maaf. Mama Shah tak mahu jumpa Shah. Papa Shah pula kata mamanya sedang pergi oversea. Abang betul-betul minta maaf."

Alangkah sedihnya hati seorang anak apabila ibu bapannya sendiri tidak mengaku anak. Ini bukannya kisah Si Tanggang tetapi sepertinya ibu bapa sudah hanyut dengan kemodenan, harta dan pangkat. Naluri seorang anak pastilah menyintai seorang ibunya lebih dari segala-galanya. Sekarang tiada siapa lagi yang mampu jadi pengganti. Shah tabah namun hatinya berteriak sedih.



"Kalau abang x kesah, boleh tak abang jadi abang Shah"

"Boleh Shah, boleh."

Kali ini, kedua-duanya menundukkan muka mengalirkan air mata tanpa sebarang rasa malu lagi.

"Abang, kenapa mama buat Shah macam ni? erm... Shah nak mama. Kalaulah Mama tak sibuk, kalaulah mama tak memberi kesenangan kepada Shah, Shah mungkin tidak akan buat semua perkara bodoh ini. Shah mesti tengah gembira dengan mama papa."

"Shah, mungkin Allah tak nak Shah terbuai dengan dunia ini. Tuhan lebih sayangkan Shah."

Minggu terakhirnya dilalui dengan tangisan. Setiap malam Shah menangis di tikar sejadah. Tiada lagi masa untuknya tidur dan sibuk memikirkan urusan dunia. Shah jatuh sakit tiga hari sebelum digantung tapi sihat kembali pada keesokkan harinnya.

Pada tarikh keramat itu, 11.1.2005, Shah di bawa ke penjara untuk menjalani hukuman gantung sampai mati. Wajah Shah tidak lagi seperti pertama kali Muhammad melihatnya. Shah dengan keadaan lesu,tak bermaya dan mata sembam di bawah terus melangkah ke tali gantung. Shah sempat memandang muka Muhammad dan berkata.

"Bang, jumpa lagi ye. Jangan lupa saya."


Muhammad yang terdengar masih belum kuat hatinya untuk berkata-kata. Beliau terus lari keluar daripada kawasan tali gantung. Beliau sebak dan menangis. Sukar untuknya menerima takdir ini, sukar untuknya melapaskan Shah, sukar untuknya melupakan semua kenangan dan kesedihan bersama namun hari ini lah penamatnya.

"ALLAHHH..!!!"

Muhammad yang berada di luar kawasan tersebut terdengar jelas teriakan Shah.. Tetapi jelas lagi gambaran sewaktu mula hingga akhir perjalanan cerita beliau dan Shah.  Tiada lagi perkataan mama,papa mahupun abang. Yang tinggal hanya Allah!



"Shah, maafkan abang.. Maafkan abang"

Muhammad tidak lagi dapat mengawal perasaannya. Beliau terbaring di hadapan pintu masuk ke tali gantung sambil menangis yang teresak-esak.

Beliau sempat menurunkan sekali mayat Shah. Dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikannya.



...........................................................................................

Seminggu selepas itu, Muhammad telah tulis surat berhenti daripada menjadi perguam. Beliau kini lebih selesa menjadi penceramah bebas bagi membantu remaja yang mempunyai masalah-masalah sosial.

Keputusan SPM Shah diambil oleh Muhammad di sekolahnya. Keputusan sungguh mengejutkan. Dia berjaya mendapat 6A 3B .. Kini yang tinggal hanyalah kenangan dan slip peperiksaan Shah dan diabadikan dalam ceremah-ceramah  Muhammad.




Sekian, Terima Kasih.

cerita ini merupakn penceritaan semula oleh saya daripada cerita benar tetapi nama tempat,tarikh, nama orang bukanlah yang sebenar. Jika ia benar, ianya hanya kebetulan sahaja.








11 comments:

  1. Sorry yea!! Banyak potong cerita ni..

    ReplyDelete
  2. wei sedeyh la cter nie wei,,huhuhu

    ReplyDelete
  3. berat kan tugas sbgai peguam.. x)

    ReplyDelete
  4. sedih nyer...nk jd peguam mmg berat..kekadang nk kne bela org yg bersalah plak

    ReplyDelete
  5. thanks a baca..harap ambil iktibar..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sorry akem ...smlm tak log out

    ReplyDelete
  8. baik gler peguam tu....bgus nyer dye ...nie kisah benar kan...like2

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete